Wednesday, April 8, 2009

MASIH ADAKAH SINAR UNTUK BN MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA SELEPAS PILIHANRAYA KE-13.

Setelah pilihanraya ke-12 kebangkitan dan kecermelangan Pakatan Rakyat terus menyerlah, ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan yang terbarunya pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau...... ........ sudah tidak lakukah lagi BN di semenanjung? Persoalan ini sering menerjah ke fikiran aku dan juga mungkin di kepala insan yang bergelar rakyat di bumi bertuah yang dijenamakan sebagai MALAYSIA.........ini.
Apakah penyakit yang telah menyerang BN dan yang utamanya UMNO yang merupakan tunjang / tulang belakang kepimpinan negara . Apa saja yang dirancang,dibuat,dilaksanakan yang kononnya untuk pembaharuan seolah-olah tidak lut.....yakni tidak diterima rakyat. Setiap kebaikan yang dibuat yang dikatakan untuk rakyat seolah-olah tidak dihiraukan......................BN / UMNO kini semakin parahhhhhhhhhhh sehingga luka yang berdarah sukar untuk diubati lagi mungkin hanya doa yang dipanjat kepada ILAHIIIIII ... sahaja yang dapat meredakan keazaban ini. Sokongan dari si MACHA mungkin ada lagi...........tapi sokongan daripada si AH CHONG jauh sekali.......... sokongan ini seolah-olah lari jauhhhhhhhhhhhhhhh dan tidak mungkin akan kembaliiiiiiiiiiii.. Timbulnya persoalan hari ini bolehkah dipercayai lagiiiii sokongan si AH CHONG yang bernaung di bawah MCA dan GERAKAN ? Adakah lagi sokongan mereka ini terhadap BN atau hanya kepura-puraan yang dipertontonkan di pentas dunia ciptaan ILAHIIIIII ini.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kita dipertontonkan dengan kehebatan insan yang bergelar pemimpin yang menyuarakan pelbagai idea, pendapat yang dipersembahkan melalui ucapan ataupun pidato yang dikatakan satu pendekatan untuk pembaharuan UMNO.................. sejauh manakah kebenaran,ketelusan,kesungguhan pemimpin-pemimpin ini sama-samalah kita saksikan............................Rasanya harapan hanya tinggal harapan kerana kita sedia maklum pemimpin-pemimpin UMNO rosak adalah disebabkan karenah individu yang dekat dengan pemimpin itu sendiri yang pada asalnya dikatakan hendak menolong,membantu tetapi bertindak seolah-olah polong terpekik terlolong,menghisap darah........yang akhirnyanya merosakkan pemimpin itu sendiri. Pengampu-pengampu didalam UMNO juga sebenarnya harus ditarbiyahkan supaya menjadi seorang perjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara bukannya untuk kepentingan diri dan kelompoknya yang akhirnya membinasakan semua seperti apa yang terjadi pada hari ini. Pemimpin-pemimpin UMNO yang masih lali diulit mimpi-mimpi indah haruslah sedar dan muhasabah diri............dan kembalilah ke perjuangan demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA bukannya perut atau kroni sendiri.
Pemimpin-pemimpin BN/ UMNO sebenarnya harus maklum tak payah nak dimaklumkan lagi Pakatan Rakyat sebenarnya bukan satu gabungan parti yang kuat tetapi mereka ini hanya mengambil kesempatan diatas kelemahan pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang sejak akhir-akhir ini tersasar prinsip perjuangannya.

”Semoga Allah Merahmati dan Membimbing Perjuangan Pemimpin-Pemimpin Negara Demi Untuk Agama,Bangsa Dan Negara”




''Aku Budak Gerik"

Sunday, November 30, 2008

Dialek GRIK (Bahasa Pertuturan Orang GRIK Yang Mungkin Anda Belum Pernah Dengar Atau Pernah Dengar Tapi Tak Faham) Untuk Dikongsi

1. Merepout - Merapu / Melalut

2. Melonge/Longe - Poyo / Tingkah Laku Seolah-olah badut.

3. Sooh - Kekenyangan / Sengkak / Segah

4. Berjebek - Kawasan @ Laluan Berair

5. Berjerebung - Rambut panjang tidak terurus / Kusut Masai

6. Berserock - Sarapan Pagi

7. Lemung - Lembu

8. Jamung - Jambu

9. Sakit Nak Mapoh - Sakit Teramat Sangat

10. Hinung Gled - Panggilan Untuk Orang India

11. Mutu - Moto / Motosikal

12. Sejuk Bedi - Sejuk Teramat Sangat

13. Masam Kiaq - Masam Teramat Sangat

14. Manis Meletin - Manis Teramat Sangat

15. Hitam Porong - Hitam Teramat Sangat

16. Gelap Gelemat - Gelap Teramat Sangat

17. Kuning Jahing - Kuning Teramat Sangat.

18. Berberound - Sekumpulan Serangga cth lalat,lebah,tebuan

19. Tak Mboh - Tak Nak

20. Kelik - Balik

21. Cerah Melahan - Cerah Teramat Sangat / Hari Dah Tinggi

22. Terung Ceweng- Terung Belanda / Terung Pipit

23. Pucuk Cekeround - Pucuk Salom

23. Telipok - Paku Rawan




Hasil Nukilan Mok Yang Jahat…………….

Tuesday, November 25, 2008

Akibat Bini Pergi Belajar

Aku cuba call dengan sidia yang kukenali setelah tersilap menghantar sms, setelah sekian lama berhubung hati ini merasa kasih,sayang dan ingin mengenali dengan lebih dekat.Tiap waktu.... tiap detik.....tiap saat fikiranku hanya teringatkan sidia.TR,LRKR,SB yang merupakan rutin harianku ku lupakan terus, kerana aku benci apabila teringatkan SB, terus terbayang muka HAJI BIDIN (SB = siapa bidin?) .Kini cuti sekolah telah tiba lagi,isteri yang tersayang telah aku POSKAN ke Institut Perguruan Ipoh (IPI) kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik. Sepeninggalan isteri tersayang , fikiranku mula melayang terbang terhoyong hayang mungkin beratnya agaknya........ aku teringkat kembali sidia yang aku selalu contact untuk mengisi masa lapang.....dan mungkin untuk menggatal kot.Setelah berhubung melalui sms dengan mukadimah AKUM..... bermulalah hubungan terlarang...............sumbang mahram melalui udara....... Aku mula melayan sidia.......setelah ku bodek, ku korek ku layan blues sidia dia telah terkulai dan bermurah hati untuk menghantar gambar kepada ku melalui MMS. Setelah menerima MMS pada malam itu diri ini menjadi serba tak kena makan tak lalu, tapi tanpa ku sedari 3 pinggan nasi habis aku kerjakan. Tido tak lena terasa seperti jasad ini telah dirogol dengan rakusnya....... Setelah fajar menjelang aku terkejut mendengar riuh rendah kokokan kera diatas pokok kelapa sawit sebelah rumah...............mungkin kumpulan kera ini telah meraikan PARTI LIAR...@ .......PESTA SEKS malam tadi।Tepat jam 7.45 pagi aku terus bergegas ke pejabat dengan kereta yang masih menjadi milik Bank Harimau. Setibanya di opis ku terlihat Haji Mail terconggok bersama MR.Baharom tengah ghairah membaca akhbar Utusan dan Berita Harian yang menjadi sarapan minda staf Pejabat Penerangan Manjung. Hati ini masih tertanya-tanya mana ler budak Azim nih.Aku sebenarnya nak mintak tolong Azim untuk melihat gambar yang dihantar oleh sidia melalui MMS. Maklumlah HP murah MMS pun tak dapat tengok terus. Setelah melihat kelibat Azim aku mengucap syukur..........komputer terus ku hidupkan setelah melayari web Maxis MMS terpacul lah gambar sidia mak ai ...................... Aku, Azim dan pelakon tambahan Mak Iti tergelak besar terlihat gambar sidia macam pompuan kabaret pun ada...........makcik dangdut pun ada uwek.............ewek.......... sekian coretan hasil nukilan MOK YANG JAHAT................................................................ Adiossssssssss