Wednesday, April 8, 2009

MASIH ADAKAH SINAR UNTUK BN MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA SELEPAS PILIHANRAYA KE-13.

Setelah pilihanraya ke-12 kebangkitan dan kecermelangan Pakatan Rakyat terus menyerlah, ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan yang terbarunya pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau...... ........ sudah tidak lakukah lagi BN di semenanjung? Persoalan ini sering menerjah ke fikiran aku dan juga mungkin di kepala insan yang bergelar rakyat di bumi bertuah yang dijenamakan sebagai MALAYSIA.........ini.
Apakah penyakit yang telah menyerang BN dan yang utamanya UMNO yang merupakan tunjang / tulang belakang kepimpinan negara . Apa saja yang dirancang,dibuat,dilaksanakan yang kononnya untuk pembaharuan seolah-olah tidak lut.....yakni tidak diterima rakyat. Setiap kebaikan yang dibuat yang dikatakan untuk rakyat seolah-olah tidak dihiraukan......................BN / UMNO kini semakin parahhhhhhhhhhh sehingga luka yang berdarah sukar untuk diubati lagi mungkin hanya doa yang dipanjat kepada ILAHIIIIII ... sahaja yang dapat meredakan keazaban ini. Sokongan dari si MACHA mungkin ada lagi...........tapi sokongan daripada si AH CHONG jauh sekali.......... sokongan ini seolah-olah lari jauhhhhhhhhhhhhhhh dan tidak mungkin akan kembaliiiiiiiiiiii.. Timbulnya persoalan hari ini bolehkah dipercayai lagiiiii sokongan si AH CHONG yang bernaung di bawah MCA dan GERAKAN ? Adakah lagi sokongan mereka ini terhadap BN atau hanya kepura-puraan yang dipertontonkan di pentas dunia ciptaan ILAHIIIIII ini.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kita dipertontonkan dengan kehebatan insan yang bergelar pemimpin yang menyuarakan pelbagai idea, pendapat yang dipersembahkan melalui ucapan ataupun pidato yang dikatakan satu pendekatan untuk pembaharuan UMNO.................. sejauh manakah kebenaran,ketelusan,kesungguhan pemimpin-pemimpin ini sama-samalah kita saksikan............................Rasanya harapan hanya tinggal harapan kerana kita sedia maklum pemimpin-pemimpin UMNO rosak adalah disebabkan karenah individu yang dekat dengan pemimpin itu sendiri yang pada asalnya dikatakan hendak menolong,membantu tetapi bertindak seolah-olah polong terpekik terlolong,menghisap darah........yang akhirnyanya merosakkan pemimpin itu sendiri. Pengampu-pengampu didalam UMNO juga sebenarnya harus ditarbiyahkan supaya menjadi seorang perjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara bukannya untuk kepentingan diri dan kelompoknya yang akhirnya membinasakan semua seperti apa yang terjadi pada hari ini. Pemimpin-pemimpin UMNO yang masih lali diulit mimpi-mimpi indah haruslah sedar dan muhasabah diri............dan kembalilah ke perjuangan demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA bukannya perut atau kroni sendiri.
Pemimpin-pemimpin BN/ UMNO sebenarnya harus maklum tak payah nak dimaklumkan lagi Pakatan Rakyat sebenarnya bukan satu gabungan parti yang kuat tetapi mereka ini hanya mengambil kesempatan diatas kelemahan pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang sejak akhir-akhir ini tersasar prinsip perjuangannya.

”Semoga Allah Merahmati dan Membimbing Perjuangan Pemimpin-Pemimpin Negara Demi Untuk Agama,Bangsa Dan Negara”




''Aku Budak Gerik"

1 comment:

sueyaniemc said...

Aku pun setuju dengan Mu Mok Yang Jahatttt